KATA-KATA MUTIARA

Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak
bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah
hayat.
Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya
berbuat jahat.
====================================================
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar,
belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang
berharga/berguna, belum tentu bagus.
====================================================
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun
telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan
burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak
bisa menemukan jalan keluar.
====================================================
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana
engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi
kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW
====================================================
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan
paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada
kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada
seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya
senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi
cerah.
====================================================
Barangsiapa yang hari ini sama dengan kemarin, maka tertipulah
dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka
terkutuklah dia.
====================================================
Kumpulan kata-kata mutiara
====================================================
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda
yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak
istimewa
====================================================
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus
menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke
arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal
mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa
====================================================
Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan
perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan
ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan
memberkati.
====================================================
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang
paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling
waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah
yang paling indah tentunya KHUSYUK.
====================================================
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan
perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan
memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
====================================================
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu
kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah
anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
====================================================
Kumpulan kata-kata mutiara
====================================================
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya
semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah
walau setitik kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
====================================================
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan
menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam
hati …
====================================================
Orang yang berkhianat selalu terhina. Kebahagiaan adalah
haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain
tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya -
Emerson
====================================================
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda
rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang
lain juga Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. – Marcus
Aurelius
====================================================
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan
====================================================
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan
dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya
orang bawahannya.
====================================================
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika
berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat – Khalifah Abdul
Malik bin Marwan
====================================================
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah
apa yang
boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincol
====================================================
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia
tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih
rendah darinya – Confucius
====================================================
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan
ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
====================================================
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan
tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar
itu berani seperti singa -Goethe
====================================================
kata kata mutiara, kata-kata bijak, lucu, romantis, cinta,
islam dan motivasi
====================================================
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka
dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
====================================================
Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri
tidak suka memakannya.
====================================================
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia
yang selalu mengecewakan agama.
====================================================
Setiap bunga mawar pasti ada durinya. Dari kesusahan itu akan
diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri
kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya
dan bunga ros berduri kerana harum baunya
====================================================
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal
terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal
yang hadir dalam hidupnya.
====================================================
Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita
akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan
dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa
yang kita fikirkan
====================================================
Kumpulan kata-kata mutiara 2010
====================================================
Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang
serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,
bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan
adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-
cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup
untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
====================================================
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda
rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang
lain juga
====================================================
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini
kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap
yang bodoh itu boleh menjadi pandai
====================================================
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan
kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas
dasar akhlaknya.
====================================================
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang
berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang
akan terjadi pada hari esok.
====================================================
Memaafkan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang
yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi
memaafan kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. maaf
yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh
membuang segala parut luka emosi
====================================================
Kumpulan kata-kata mutiara 2010
====================================================
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya
kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi
beroleh bahagia
====================================================
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan
harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan
ilmu.
====================================================
Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat
melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
====================================================
Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi
dengan
lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali
kerugian yang dideritainya.
====================================================
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal
itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari
orang lain pula.
====================================================
Jembatan menjadi penghubung antara dua buah kampung,
perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak
menjadi penghubung antara ibu dan ayah
====================================================
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal
komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh
mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah
daripadanya.
====================================================
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal
kemanisan. Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan
akhirat.
====================================================
from : Gramedia

No comments: